Friday, July 31, 2009

Contest Mama_Aqish Give Away My Cute Lil Prince & Princess

Sticky Mode... Sila Scroll ke Bawah untuk entry terbaru!


Kalini nak join contest yang dah dekat sangat ngan tarikh tutup pertandingan iaitu pada 31 July 2009.. huhuhu.. dah lama nak join.. tapi baru dapat buat entry ni.. mana tau.. rezeki last minit masuk kan??? hehehehe...

Nak tau lebih lanjut mengenai contest ni?? sila jenguk di sini yeeeee.. di blog Mama-Aqish..

ok... kita mulakan dengan aplod gambar dulu...

My Lil Prince..

Muhammad Aqeef Haiqal bin Noor Mahadir
DOB : 22 Ogos 2007 (1 tahun 11 bulan)


1. Kenapa anak anda harus mendapat award MY CUTE LIL PRINCE @ PRINCESS??

-stiap ibu kat dunia ni merasakan anak mereka paling comel kan?? camtu juga saya.. bagi saya, aqeef adalah anak paling comel sekali... dia lah madu, dialah racun.. dialah ubat.. dialah penawar... dialah segala-galanya bagi kamii...

2. Ape yang anda tahu pasal blog Mama_Aqish?

Blog Mama-Aqish adalah blog yg penuh informasi.... padat dengan maklumat.. klik je url ni..
macam-macam ada..... dari perihal blog.. sampai ke info mengenai jualan murah.. wahhhh.. kalau nak tau sale apa?? sale kat mana?? klik jeeeee... cam yellow pagesss... tapi sangat berguna...

Tuesday, July 28, 2009

Menang Hadiah Saguhati Contest Baby on Car Seat



huwaaaa... terharuuu okeyyy.. kalau ada sesaper ingat yg Aqeef ada masuk contest.. 'Cutest Baby in CARSEAT' anjuran mombloggersplanet kan?? iskkkk.. kat entry yg sebelum ini.. dan dengan bangganya nak bitau yg Aqeef menang yeee.. tapi bukan 1st Prize la... cuma Consolation Prize.. tapi dah syukur alhamdulillah.... sangat suke la kan.. hehehe.. aku pun terkejut beruk bila tengok sini http://www.mombloggersplanet.com/1299/cutest-baby-in-carseat-winners/
8 kali tengok.. nak konfirmkan nama tu.. hehehe.. hadiahnya???

One PurseHook from AliceWonders each (worth RM20)

ok ar tu kan.. beh.. beh.. tapi kalau dapat 1st prize behhhnyerrrr.. takpe.. rezeki amirul.. tahniah pada pemenang yeeee... kalau korang nak tengok pemenang lain, bole klik kat link atas tu yeeee... they deserves it... tq pada penganjur...

kita tunggu bulan Ogos punya contest pulak yeeeee... tak rugi join.. kalau tak menang pun, takpe... join suka suka....

Thursday, July 9, 2009

Hadiah Contest Aksi Menarik

Inilah satu-satunya contest yg aku masuk dan menang.. walaupun Naib Juara.. suka nya tak bole nak cakap la kan.. hehehhe.. sampai harini pun suka lagi tu... :p

Kalau ada yg tak perasan.... ini entry sal result pertandingan tu... kat blog tuan rumah.. kat blog aku pun ada gak.. tapi tak pasan dah kat mana.. hehehe.. selak selak la yee..

Ini hadiah yang aku redeem kat http://brandedbabyclothes.blogspot.com... kalau nak tengok banyakkkkk lagi baju bole jengah kat blog ni... cecantik okkkk.. pada pembeli online tegar... sila jengah... tak rugi.. tuan rumahnya ialah Nurul Afzan.. dua hari lepas kot aku dapat baju ni... sangat suke la kan... tima kasih pada yg menaja hadiah.. tima kasih juga pada yg menganjurkan contest ni...

nanti kalau ada contest, bole la join lagi.. hehehehe.. tq

inilah hadiahnya... sepasang baju 2T dari Old Navy... tinkiu... kami sekeluarga sangat suka... tapi kan Nurul, anak saya tak berkesempatan lagi la nak pakai baju ni... babah tak bagi pakai dulu... sayang katanya... :).. nanti dah pakai, saya tempek kat sini ek...

Breastfeeding Photo Contest

kengkawan.. mari kita join contest lagiiii.. di blog ini yeeee...

contest apa??? 'Breastfeeding Photo Contest 2009'... memacam contest skang ni kan??? yang penting kita heppiii.. hehehe.. apa lagi.?? jom ar join.. cam bes je kan??


ha.. tengok saje penajanya.... adiah sangat menarik.. jom ar... meh... meh... aku tempek sekali ar details pertandingan...

Bersempena Minggu Penyusuan Ibu Sedunia Ogos akan datang, sayangbabyibu.com bersama penaja lain akan mengadakan 'Breastfeeding Photo Contest'. Objektif pertandingan ini adalah untuk memberi kesedaran terhadap masyarakat tentang penyusuan ibu terutama di khalayak umum. Semakin ramai ibu-ibu yang menyusukan anak di khalayak umum/di mana-mana jua, ia akan menjadikan ini suatu suasana atau perbuatan yang normal dalam masyarakat kita.

Hadiah menarik menanti anda. 10 pemenang di cari. Antara hadiah menanti anda:

Pakej Cloth Diaper sumbangan Ibu Az Shoppe
Pakej Cloth Pad sumbangan My Luvly Pad
Produk Kecantikan sumbangan rahsiacantik.com
Pakaian kanak-kanak sumbangan redroses2u.net
Produk kesihatan DCL sumbangan E-Anggun Sihat
Voucher Pembelian produk HPA sumbangan Herbs n' U
Produk Breastfeeding sumbangan Sayang Baby Ibu

Breastfeeding Photo Contest is Fun, Fair, and FREE! Contest ini based on publicity voting. Penyertaan bermula hari ini hingga 18 July 2009. Semua foto akan di'upload' dan akan diundi oleh juri awam mulai 20 july hingga 10 Ogos 2009 (kalian boleh suruh kaum kerabat kalian family, kawan2, sedara mara semua undi kalian).

2 Cara untuk menyertai contest ni:

Melalui Blog
1. buat satu entri khas tentang contest ni.
2. letak gambar unik anda sedang bf.
3. sertakan sekali butir2 berikut:
- nama ibu
- nama anak
- tarikh lahir anak
- umur anak semasa foto diambil
- lokasi foto diambil
- secara ringkas, kenangan pahit atau manis semasa bf.
4. letak logo contest di blog dan linkkan ke blog ini


5. dah siap, sila tinggalkan link entri anda di ruang komen entri ini.

Melalui Emel
Hantarkan gambar bf anda bersama butiran berikut:
- Gambar BF
- nama ibu
- nama anak
- tarikh lahir anak
- umur anak semasa foto diambil
- lokasi foto diambil
- secara ringkas, kenangan pahit atau manis semasa bf.
- Email
- Contact number
Emelkan ke alamat nurulzms@yahoo.com

Tunggu apa lagi, Join Now!!! Keluarkan semua foto2 bf kalian...Don’t have one?? Grab your cameras, snap some breastfeeding photos now. No need close up though. Apa saja suasana, situasi, keadaan foto breastfeeding anda. Let the fun begins!!!

Terms and conditions:

1. ONLY breastfeeding photos are accepted.
2. ONLY ONE breastfeeding photo per participant.
3. One person can only vote ONCE.
4. All entries are to reach us no later than 18 July 2009.
5. Voting starts from 20 july till 10 Ogos 2009.
6. Voting result is final and any form of correspondences shall not be entertained.
7. We reserves the right to ammend the terms and conditions without prior notice.
8. Sponsors reserves the right to exchange prizes to one of equivalent value.
9. All entries must be of participants’ original works. Usage of third party/parties creative works are prohibited, in which the entry will be automatically disqualified.
10. Minor photo touch-up is allowed i.e. adjustment of brightness of colour and softening or sharpening of the image, bluring sensored part :)
11. Winner shall be notified via email and blog at sereniety.blogspot.com by 11st Ogos 2009.

Tuesday, July 7, 2009

Contest tuk Hadiah Pree???


Kalini ada orang nak bagi hadiah preeee.. tapi sayangnya aku tak bole nak join.. nape??? kalau nak tau..

sila ke blog mama uzma... ini link berkaitan hadiah tu yeeee... ha.. mama uzma nak

bagi adiah preee je... saper nak??? hehehhe... so, apa lagi.. terjah la blog mama

uzma.. rasanya nora jek kot yg available nak masuk.. heheeheh... eh.. emi tak

ketinggalan.. tapi emi nak masuk ke???

oh yaaaa.. due date adalah pada 22hb July 2009, jam 5.00pm...


ha.. tetiba aku nak jadi tempat iklan plak... so, sila la jengah blog untuk contest selanjutnyaaaa... sila semak tarikh tutup penyertaan... sbb rasanya ada yang tarikh tutup dalam waktu terdekat ni yeee... check it out!

di blog ini.. http://damiaqish.blogspot.com/

entry yg di bawah ini:

http://damiaqish.blogspot.com/2009/07/mamaaqish-giveaway-my-cute-lil-prince.html

1hb July 2009 sehingga 31hb July 2009

dan entry ini juga :

http://my-giveaway.blogspot.com/2009/07/my-giveaway-new-contest-mysunshine2u.html

Deadline : 8th July 2009



Thursday, July 2, 2009

MomBloggersPlanet Cutest Baby in CAR SEAT Contest

wah.. contest lagi??? kali ni mombloggersplanet.com yang anjurkan.. beh la.. contest tak henti henti.. :) dan tema kali untuk bulan July ialah.. “Cutest Baby in CAR SEAT“.

jom meriahkan majelis... hehehe.. korek korek gambo anak dalam carseat yeee... mana lah tau.. ada rezeki kali ni tuk menang.. adiah plak.. sangatttt la bessss... gambo anak saje yeee.. gambo mak atau bapak tidak akan dilayan.. sila cek kat sini kalau nak tau lebih lanjut..

Ok.. here we goes..


Pengguna tegar car seat : Muhammad Aqeef Ha
iqal bin Noor Mahadir
Tarikh Lahir : 22 Ogos 2007


Sebenarnya Ibu n Babah mula letakkan Aqeef dalam 'carseat' sejak Aqeef baby lagi.. tapi sesudah Aqeef pandai duduk dan tegap sikit.. dalam 6 bulan rasanya Aqeef mula duduk dalam car seat.. sebelum tu Aqeef masih lagi duduk di pangku ibu.. yelah.. masa tu Aqeef pun 'bf' lagi.. senang Ibu nak susukan Aqeef.. Car Seat pertama Aqeef ialah cam dalam gambar kat bawah ni..

Car Seat pertama Aqeef ni ibu beli kat kedai biasa je.. car seat pun murah.. bukan branded pun.. tapi Ibu ngan Babah tetap memastikan yang Aqeef selamat duduk dalam car seat tu.. seme ciri keselamatan kami pikirkan.. tak semestinya kami beli car seat yg murah, car seat tu takde ciri keselamatan.. bukan harga jadi ukuran, tapi keselamatan paling utama...

Yang paling penting, Aqeef selesa duduk dalam car seat, selesa untuk tidur...


tengok tu.. kan nampak selesa bila tidur dalam car seat.. lena nyer diaaa. walaupun car seat lama ni aqeef tetap guna sampai umur dia setahun lebih.. tapi.. banyak memberi jasa pada kami..

sampai lah tiba masa aqeef dah rasa tak selesa dengan car seat lama.. iyelah.. Aqeef pun dah besar kan??? dah tinggi.. kepala pun dah melebihi kepala car seat tu... car seat pun dah sempit dengan badan aqeef..bila keadaan tak selesa, mood 'penumpang' pun tak besss. tengok la tu.. ok.. ok..

Babah dan Ibu buat keputusan tukarkan car seat Aqeef dengan car seat yg lebih besar dan selesa.. 'penumpang' dah besar, 'kerusi' kenalah sepadan.. so, car seat baru Aqeef babah belikan kat Jusco.. cap Sweet Cherry.. walaupun harga dan namanya tak se gah brand brand yang lain dan tak semahal brand lain, tapi yang penting keselamatan dan keselesaan... dan kemampuan.. :p


ha.. barulah Aqeef selesa kan?? bole gayut gayut.. mood pun sentiasa okkkk.. bole melaram laram...

hati berbunga... senyum memanjanggg.. dah selesaaaa katanyaaaaaaaaaaaa... tapi cam tak bertahan lama...

cepatnya Aqeef bosan.. mungkinkah kena tukar car seat baru??? biar apa pun, Aqeef akan tetap berada dalam car seat sepanjang berada di dalam kereta... selagi Aqeef belum cukup 'time' nak duduk sendiri dalam kereta tanpa car seat, selagi itulah ibu dan babah akan tetapkan syarat tuk aqeef naik kereta.. syarat apa??? 'PENGGUNAAN CAR SEAT UNTUK AQEEF DI DALAM KERETA'... tak kira perjalanan jauh, ataupun dekat... kami sayang awak Aqeef oiiii.. !!!


tapi.. penggunaan car seat dalam kereta bukan bermaksud anak tiada pengawasan ibu bapa.. harus ada yeeee... jangan biarkan dia sorang dalam car seat.. lebih lebih lagi anak yg dah cerdik.. pandai tekan itu.. tekan ini.. bukak itu, bukak ini.. kena awasi juga... ini tuk kebaikan bersama... so, kepada sesapa yang masih belum mempraktikkan penggunaan car seat untuk anak di dalam kereta.. sila renung renungkan.. tak rugi kita melabur sedikit untuk nyawa yang tiada galang gantinya... sedikit info untuk ibu bapa yang masih lagi tercari-cari car seat yang sesuai untuk bayi / anak mereka..


cam kata aqeef.. 'yeayyyy!!! sampai dengan selamat.. alhamdulillah'.. hehehehe

so, apa lagi???
check it out!


1.

Keterangan :
* Sesuai bagi Bayi baru lahir hingga umur hampir 1 tahun,
* Berat sehingga 9 kg,
* Tidak berupaya menyokong kepalanya dengan betul

Panduan :
1. Kerusi menghadap kehadapan

2. Mesti dipasang di tempat duduk belakang dengan tali pinggang keledar


2.
Keterangan :
*9 bulan hingga hampir 4 tahun, berat di antara 9 hingga 18kg

Panduan :
1. Kerusi menghadap kehadapan

2. Mesti dipasang di tempat duduk belakang dengan tali pinggang keledar


3.

Keterangan :
*4 hingga 11 tahun, berat antara 15kg hingga 36kg

Panduan :
1. Tempat duduk menghadap ke hadapan

2. Tempat duduk pengalas direka khas untuk kanak-kanak supaya tali pinggang orang dewasa
dapat digunakan merentasi dada dan pinggul mereka dengan selamat

3. Mesti dipasang di kerusi belakang dengan tali pinggang keledar



SAYANGILAH ANAK ANDA
ANDA MAMPU MERUBAHNYA!


dan pertandingan adalah dibawa bersama oleh:

MomBloggersPlanet : http://www.mombloggersplanet.com/1126/cutest-baby-photo-contest-july-09/
PhotoBookMalaysia : http://www.photobook.com.my
AliceWonders : http://www.alicewonders.com


dan hadiah adalah ditaja oleh:


*cam kempen keselamatan tak?? :p

NICE CRAFT GIVEAWAY

NICE CRAFT GIVEAWAY


Apa yang akan kamu dapat????
Set towel bersulam nama pemenang.
seperti di bawah ini.....

wahhhhhhh. semestinyalah ... NAK! NAK! NAK!!!!!!!!!!!!

Ianya adalah sesuatu yang ISTIMEWA
dan
bersifat PERIBADI kepada pemenangnya nanti!

Jadi, untuk menyertai dan mengetahui lebih lanjut...

SILA KLIK DI SINI... di blog ini...


Itu sahaja..... mudah kan???


dan.. jangan lupa... Deadline 15 Julai 2009.

Pemenang akan diumumkan pada 20 Julai 2009.

so, kengkawan??? tak mau hadiah ke??? apa lagi hadiah yang rasanya begitu ISTIMEWA dan pastinya bersifat PERIBADI kepada kita... so, apa tunggu lagiiiiiii.. hargailah peluang ISTIMEWA ini... dan jadikan ia kenangan dan simpanan PERIBADI untuk kita dah orang tersayang!!..

Wednesday, July 1, 2009

Lurve Affair Contest

ha weiihh.. mari kita join contest lagiiii.. tapi... kalini bukan di kalangan blogger.. tapi dianjurkan oleh nuffnang.. kamon... :p mari join.. nak tau details? klik ajelah pada gambo atau pun... pada link ni...

dan here's terms n conditions:
  1. Write a blog post titled "My LURVE Affair with XXX" in your blog.
  2. Upon completing your blog post, kindly send an email to lurveaffair@nuffnang.com with details of yourself such as your full name, IC number and the permalink of your written blog post.
  3. Kindly state the following in your email "I've read the Terms & Conditions of this contest and will adhere to it". Failure to provide this statement in your email will result in a disqualification of entry.

*By participating in this contest, you acknowledge that you've read the Terms and Conditions and will adhere to it.

Judging Criteria
  1. Creative content of LURVE Affair – 70%
  2. Creative Integrate LURVE into the Story 15%
    • LURVE Multigrain Chips
    • Healthier Snacking
  3. Posting creative pictures featuring LURVE pack – 15%
Contest Mechanics
  1. Based on the creativity of their blog entries, 6 bloggers will be shortlisted for an audition with 8TV.
  2. 3 bloggers will be selected to shoot their Lurve Affair video. They will be interviewed on TV and given a chance to campaign for their Lurve Affair video.
  3. The Lurve Affair video with the highest number of votes on the Lurve Facebook Fanpage will win the Grand Prize.

* aku tak join lagi pun... saje je bitau sal contest ni.. hati tak terbukak lagi nak join... heheheh. tunggulah.. mana tau aku join jugak nanti..